...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga ...

Ku meminta secebis Kekuatan. dari MU

/
5 Comments


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan ku, hidupkan
ku dengan iman, matikan ku dalam iman, serta masukkan ku ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan
ku , ampunilah segala dosa kesalahan ku dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa ku, serta kesihanilah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka berdua mengasihani ku semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur
ku dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umurku dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan ku, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada
ku petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan
ku, kurniakanlah kepada ku kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah ku daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.



ps* kebelakangan ini , jasab ini merasakan apa yang hilang, buat satu ketika dahulu kini telah menjelma kembali , jiwa merasa sesuatu yang kosong , hilang arah hidupku , sifat kejahilan kian menyelubungi . kini ku meminta secebis kekuatan untuk terus hidup untuk menyayangi apa yang ku sayangi dan terus melakukan apa yang telah ditetapkan tanpa terpesong dari apa yang benar melainkan yang benar.

- Yang Baik datang Dari Allah SWT dan Yang Lemah itu datang dari Saya sendiri-

Blogger Templates


You may also like

5 comments:

Anonymous said...

i know u can.... gud luck~

King Of Single said...

insyaALLAH....aku doakan kau bjaya ape yg kau buat..
smoga dilancarkan ALLAH..

p/s : listening td ttbe aku rase cam de msalah sound trouble ..haihh.tp redhaa

NurAzlan said...

to mynsy : Tq sayang ~ hehehhe

NurAzlan said...

to nora : amin2 ~ harap2 cam tuh lah .

ps* nape masalah susah nk catch up kan ape die cakap ?kan kan kan ~

Cik Tengku Saliha Rahima Bt Tg Ariff said...

amin!
gud luck
;)

Muhammad Nur Azlan. Powered by Blogger.